Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ancaman Maya Gugat Kelestarian...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Pasca Banjir: 56.7 Hektar...

KOTA BAHARU - Kerajaan Persekutuan dan negeri mengenal pasti tanah seluas 56.7 hektar...

Sah TMJ Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini...

Terengganu Haramkan Vape Bermula...

TERENGGANU menjadi negeri ketiga selepas Johor dan Kelantan mengharamkan penggunaan vape. Kerajaan negeri itu...

Kanak-Kanak Imigran Menangis Gambar Terbaik Dunia

AMSTERDAM – Sekeping gambar seorang kanak-kanak imigran menangis di sisi ibunya setelah ditahan kerana menceroboh masuk sempadan Amerika Syarikat (AS) – Mexico berjaya memenangi anugerah fotografi dunia.

Menurut hakim, gambar oleh jurugambar Getty, John Moore yang memaparkan seorang imigran dari Honduras, Sandra Sanchez dan anaknya Yanela ketika ditahan anggota Pengawal Sempadan AS tahun lalu memperlihatkan keganasan bersifat psikologi.

Elemen tersebut melayakkan gambar terbabit memenangi anugerah berprestij World Press Photo Award.

Ditemui ketika majlis penyampaian hadiah di Amsterdam, Moore berkata beliau mahu menceritakan sesuatu yang berbeza.

“Bagi saya ia peluang menampilkan sisi berbeza kemanusiaan yang hanya sering dikaitkan dengan statistik,” kata jurugambar berusia 51 tahun berkenaan.

Moore menambah, gambar tersebut diambil di Lembah Rio Grande pada 12 Jun tahun lalu ketika beliau membuat liputan anggota Pengawal Sempadan AS yang bertugas di kawasan itu.


Ketika asyik menjalankan tugas, Moore ternampak seorang kanak-kanak perempuan menangis ketika ibunya diperiksa pengawal sempadan.

Tanpa berlengah Moore segera mengambil gambar momen tersebut yang kemudian diterbitkan di seluruh dunia dan mencetuskan kecaman global berhubung dasar Washington yang memisahkan ribuan imigran daripada anak-anak mereka.

Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS berkata, Yanela dan ibunya tidak termasuk dalam senarai imigran yang dipisahkan, namun kontroversi tersebut menyebabkan Presiden Donald Trump menarik balik dasar terbabit tahun lalu. – Agensi

Kategori