Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung...

KUALA LUMPUR - Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya...

VIDEO : Lelaki Kejam...

Pada permulaan video ini, dilihat si pelaku seperti seorang yang begitu penyayang pada...

Lima Beradik Mahu Kejar...

SEREMBAN - Pelajar perubatan, G. Kasthuri dan empat adiknya meluahkan rasa seronok dan...

14 Warga China Diarahkan...

KUALA LUMPUR - Seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat...

KASIH, Hospital Swasta Pertama Ejen Zakat Bertauliah

KAMI dari KASIH HOLDING SDN. BHD. mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang berkesempatan hadir pada malam ini, majlis hari ini melakar sejarah dinegara ini dimana buat julung kalinya sebuah syarikat swasta telah dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen yang bertauliah bagi menerima zakat bagi tujuan kegunaan golongan yang memerlukan dari sudut perubatan.

Kerjasama rasmi KASIH dan PPZ-MAIWP berdasarkan agenda utama KASIH untuk mewujudkan National KASIH Hospital Program (NKHP) untuk menjadi agenda nasional dan dasar ini juga turut mendapat restu dari YB Timbalan Menteri.

NKHP ini adalah penubuhan sebuah hospital yang berlandaskan wakaf, zakat, infak dan endowmen yang pertama dinegara ini dan matlamatnya adalah menjadikan sebuah hospital swasta yang mampu biaya yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Pakar Pediatrik, Pakar Obestetrik & Ginekologi, Pakar Ortopedik, Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pakar Perubatan Dalaman (Physician), Pakar Rawatan Luka (Kencing Manis), Pakar Pergigian, Pakar Bedah dan Pakar Kardiologi.

NKHP adalah inisiatif swasta tapi bukan bersifat individualistik ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak. Antara badan yang terlibat didalam usahasama ini adalah Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Baitulmal, Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), Yayasan Wakaf Malaysia, JAWHAR, organisasi atau badan bukan kerajaan yang bergerak atas konsep wakaf, institusi kewangan dan lain-lain lagi.

Dibawah perancangan NKHP, sedang dalam fasa terakhir menubuhkan projek pilot berkonsep kluster berskala kecil di Presint 8, Putrajaya dan cyberjaya iaitu Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak KASIH Putrajaya dengan kapasiti 32 katil dan Klinik Pakar Berpusat Cyberjaya dengan kerjasama 25 doktor pakar.

Kerjasama PPZ-MAIWP ini adalah permulaan pelaksanaan dan pengenalan NKHP yang berperanan sebagai ejen tunggal yang bukan agensi dalam pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan.

NKHP akan dikembangkan kepada negeri lain yang berpotensi dengan struktur kerjasama yang sama.


Pada hari ini 2 tabung telah dilancarkan dibawah NKHP iaitu Tabung Kesihatan KASIH dan Tabung Asnaf KASIH dimana orang ramai boleh terus menyalurkan zakat mereka tanpa melalui PPZ-MAIWP.

Tabung Kesihatan Kasih : Menerima sumbangan orang ramai secara tunai selain daripada zakat untuk membiayai golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.

Tabung Asnaf Kasih : Dimana sebahagian daripada kutipan zakat akan dikira sebagai wakalah dan akan disalurkan kepada tabung ini sebagai dana bagi membantu golongan asnaf.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan melayari www.tabungkasih.com
(Klik Infak / Endowment atau Zakat) atau melalui cek diatas nama KASIH HOLDING SDN. BHD. atau melalui ac bank.

RHB BANK
No ac : 2660 1600 0189 00 KASIH HOLDING SDN. BHD.

BANK ISLAM
No ac : 1602 7010 0019 17 KASIH HOLDING SDN. BHD.

DR Mohd Zaqrul Razmal B Mohd Podzi Pengarah Eksekutif
KASIH HOLDING SDN. BHD.
016 717 0477

Kategori