Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mufti Perlis Juga Kata...

KANGAR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut berpendapat...

Ahmad Maslan Tak Tanding...

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menolak desas-desus bertanding pada Pilihan...

Polis Di Indonesia Mesti...

TAHUN lalu, Indonesia gempar apabila calon politik mahu tanding jawatan gabenor di Aceh...

Penjaga Stor Didakwa Sebabkan...

Kulim : Seorang penjaga stor yang juga orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke...

Kedai Roti Berkait Dr. M, The Loaf Kembali Dibuka

PETALING JAYA – Sebuah syarikat pembinaan, Ekovest Bhd., telah membuka semula The Loaf, syarikat roti yang sebelum ini dimiliki oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

The Loaf sebelum ini merupakan usaha sama antara Dr. Mahathir dengan sebuah syarikat dengan kepentingan Jepun, Motoko Resources Sdn. Bhd. Dr. Mahathir mempunyai 51% kepentingan dalam syarikat yang ditutup pada April 2018 itu, selepas beroperasi selama 12 tahun.

Ekovest di bawah pengerusi eksekutifnya Lim Kang Hoo membuat keputusan untuk menghidupkan semula jenama tersebut melalui anak syarikat milik penuhnya, Duke Dining Sdn. Bhd., yang membeli kesemua kepentingan The Loaf.

Ketua pegawai eksekutifnya, Gopalan Menon memberitahu FMT, pembelian itu merupakan sebahagian daripada rancangan kumpulan tersebut untuk memasuki sektor makanan dan minuman (F&B).

“Kami juga memiliki sebuah restoran bintang Michelin yang dikenali sebagai Xin Dau Jin di Pasaraya Eko Cheras, dan merancang untuk membeli lebih banyak aset F&B,” katanya.

Beliau berkata, wujud rancangan untuk membuka 10 kedai The Loaf menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, Ekovest telah membuka semula 4 kedai The Loaf di Langkawi, Pavilion, Sunway Pyramid dan NuSentral.


Kedai pertama yang dipulihkan terletak di Marina Telaga Harbour di Langkawi.

The Loaf sebelum ini dibuka di 12 lokasi termasuk di KLCC, Pavilion dan NuSentral di Kuala Lumpur dan di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya.

Dr. Mahathir yang kerap dilihat mengunjungi kedai berkenaan dilaporkan berkata, syarikat tersebut mengalami kerugian dan beliau tidak mempunyai pilihan selain daripada melepaskannya. – FMT

Kategori