KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) siap dilaksanakan sepenuhnya pukul 11 malam tadi.
Ketua jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam-kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan sebelum bekalan dapat disalurkan kepada pelanggan.
“Proses ini dijangka mengambil masa dalam tempoh 24 jam.
“Pemulihan adalah secara berperingkat dan akan berbeza dari satu kawasan ke satu kawasan lain bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter@air -selangor dan aplikasi telepon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.