Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rina Nafi Dakwaan Pemilihan...

PUTRAJAYA : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan penganjuran program Wanita Bangkit...

Tular Wajah Terkini Mangsa...

SHAH ALAM - Misteri pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac...

Budak Lelaki Tersekat Celah...

GUIGANG (China) - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok...

12 Kandang Baharu Zoo...

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yakin usaha membina 12 kandang pameran baharu...

Kes SRC: Dokumen Tambahan YR1M Diteliti

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan membantah permohonan peguam Datuk Seri Najib Razak supaya saksi pertama pendakwaan mengemukakan tiga dokumen tambahan kepada Mahkamah Tinggi pada prosiding hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd. hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, V. Sithambaram dalam hujahnya berkata, mahkamah perlu meneliti sama ada dokumen tambahan itu boleh diterima untuk tujuan menyoal balas saksi.

“Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah jelas menyatakan bahawa mahkamah perlu meneliti dokumen yang akan dikemukakan itu adalah boleh diterima di mahkamah ini dan sama ada terdapat keperluan untuk dokumen terbabit digunakan di mahkamah untuk menyoal balas saksi,” katanya.

Pada prosiding 3 April lalu, peguam bekas Perdana Menteri itu, Harvinderjit Singh memohon saksi Muhamad Akmaludin Abdullah membuat carian berhubung Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bagi mendapatkan butir semua individu yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat itu.

Namun Harvinderjit dalam hujahan balas memberitahu, dokumen itu mesti ditunjukkan terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali kemudian membuat keputusan kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen itu terlebih dahulu.


Selepas meneliti kedua-dua dokumen itu, Sithambaram memberitahu mahkamah, pihaknya tidak mempunyai bantahan ke atas dokumen terbabit.

Selepas itu, prosiding bersambung dengan Harvinderjit menyoal balas saksi berdasarkan dokumen tambahan berkenaan. – MalaysiaGazette

Kategori