Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin PKR Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi...

Sultan Brunei Berkenaan Sertai...

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua...

Hari Terakhir Perhimpunan Agung...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung...

Penduduk Sg. Terengganu Berhati-Hati,...

KUALA NERUS - Penduduk di kampung Seberang Bukit Tumbuh, di sini diminta berhati-hati...

Kewujudan Trek Dikesan Lebih Awal

PUTRAJAYA – Saksi kedua pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal Wang Kelian mendedahkan trek di hutan tersebut dikesan pada awal Januari 2015.

Sarjan Yusuf Islam Hasan berkata, dia menyedari perkara itu ketika baru dipindahkan bertugas ke Batalion Tiga Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor.

“Iya. Awal lagi saya nampak trek tersebut, tetapi tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa pemantauan dibuat, terdapat kesan aktiviti manusia di kawasan itu.

“Saya tidak membuat laporan kepada pihak atasan kerana takut bising,” katanya.

Menceritakan detik pada 19 Januari 2015, Yusuf yang ketika itu sebagai Subseksyen Komander Batalion Tiga berkata, dia melihat enam individu berada di dalam khemah bawah yang berkunci ketika melakukan pemantauan bersama sembilan anggota dan seorang pegawai penyiasat.

“Saya lihat mereka dalam keadaan lemah dan kotor serta ada kesan luka pada badan.


“Kawasan sekitar juga tidak terurus,” katanya.

Prosiding berlangsung di hadapan tujuh panel RCI yang dipengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria.

Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Abd Halim dan Saiful Azmi Mohd Saad sebagai Pegawai Pengendali. – Sinar Harian

Kategori