Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Untung Bersih Top Glove...

KUALA LUMPUR – Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd...

Banjir: 49 Penduduk Di...

KUANTAN - Seramai 49 penduduk dari Kampung Orang Asli Batu 55 dan Kampung...

Akhirnya… Kanye West Miliki...

PENYANYI rap, Kanye West akhirnya telah memiliki akaun Instagram peribadi miliknya walaupun sebelum...

KTMB Sedia Tren ETS...

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit...

Krisdayanti Antara 50 Artis Bertanding Pemilu Indonesia

KRISDAYANTI, antara 50 artis dan selebriti, termasuk ahli sukan bertanding calon Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia yang berlangsung hari ini.

Antara mereka ialah penyanyi terkenal Krisdayanti, penyanyi kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah dan pemain badminton yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Atlanta, Ricky Subagja.

Pelakon ini juga buat pertama kali menyertai politik bertanding atas tiket Parti Demokratik Indonesia – Perjuangan (PDI-P) iaitu parti yang sama dengan calon Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Krisdayanti akan bertanding merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen untuk daerah Jawa Timur V meliputi Kabupaten Malang, Kota Malang dan Kota Batu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, menjadi wakil rakyat adalah satu usaha yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Bagi vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah turut mengumumkan bertanding apabila mewakili Parti Kebangkitan Bangsa untuk kawasan Parlimen Kalbar I.


Riefian atau lebih dikenali sebagai Ifan Seventeen kehilangan isterinya dalam tragedi tsunami di Banten tahun lalu.

Bagi Parti Demokrat pula tidak mahu ketinggalan apabila menamakan legenda badminton Indonesia, Ricky Subagja sebagai calon DPR di daerah Jawa Barat. – Agensi

Kategori