Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Audit: Peruntukan Pusat Warga...

KUALA LUMPUR – Program Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE) didapati menyalahgunakan bantuan geran...

Sabah Optimis Laksana Sistem...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah optimis untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang...

Tahun Terakhir Nora Beraya...

SETIAP tahun pelakon Nora Danish pasti akan berkongsikan gambarnya menyambut Lebaran bersama keluarga...

Perbicaraan Rasuah Air Sabah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes melibatkan bekas pengarah Jabatan Air...

KWSP Kredit RM9.51 Juta Insentif Ke Akaun i-Suri

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan sejumlah RM9.51 juta yang diluluskan kerajaan ke dalam akaun anggota Caruman Sukarela i-Suri bagi tahun 2018.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, jumlah tersebut merujuk kepada insentif RM40 sebulan yang dikreditkan kepada 49,857 pemegang akaun i-Suri yang telah membuat sumbangan minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

“Ahli i-Suri boleh menyemak akaun mereka dalam talian melalui kiosk KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara mulai hari ini,” katanya.

Sebagai tambahan kepada insentif RM40 kerajaan itu, anggota i-Suri juga layak menikmati faedah yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan mereka, pengeluaran simpanan KWSP, faedah hilang upaya dan manfaat kematian.

Dana pencen ini juga menggalakkan lebih ramai suri rumah atau wanita yang menjadi ketua isi rumah dan tersenarai dalam sistem pangkalan data keluarga miskin (eKasih) untuk mendaftar i-Suri.


“Ahli KWSP boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan untuk melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan,” katanya.

Kategori