Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Menteri Besar Selangor...

SHAH ALAM - Che Tom Yahaya, ibu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed...

Sultan Johor Berkenan Ringankan...

NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memberi peringanan hukuman...

BR1M 2018 Ansuran Pertama...

SYUKUR... Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula...

Tragedi Kren Tumbang Di...

PIHAK Arab Saudi mengesahkan bahawa setakat ini angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam,...

Lans Koperal Ditahan SPRM Kes Terima Suapan

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang suapan bernilai RM4,700, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan di pejabat suruhanjaya berkenaan di Jalan Lundang, di sini, pada jam 6.50 petang.

Menurut sumber, anggota polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh itu dipercayai menerima suapan wang tunai terbabit pada jam 11.30 malam, 29 Mac lalu.

“Suspek dipercayai menerima rasuah daripada orang tengah bertujuan mengurangkan jumlah bungkusan air ketum yang dirampas dalam serbuan.

“Penahanan anggota polis itu juga susulan daripada tangkapan dua lagi anggota polis berpangkat Sarjan dan Lans Koperal pada Isnin lalu selepas disyaki menerima suapan RM9,700,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail mengesahkan tangkapan anggota polis berkenaan. – Sinar Harian

Kategori