Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

4 Geng Pak Din...

KANGAR - Empat anggota Geng Pak Din Canai termasuk seorang wanita mengandung yang...

Tempoh Pengurangan Kadar Caruman...

KUALA LUMPUR - Tempoh pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Zambry Mohon Perkenan Sultan...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dewan Undangan...

Bantu Anggota Mangsa Banjir,...

BAGI membantu meringankan beban ditanggung kira-kira 1,500 anggota polis yang terjejas akibat banjir di beberapa...

LHDN Akan Kejar Menteri PH Tak Bayar Cukai

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengejar menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang gagal membayar cukai pendapatan.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu bukan termaktub kepada menteri-menteri daripada kerajaan lalu sahaja.

“Kita mendapati semasa era Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) terdapat cukai yang besar telah dikenakan kepada beberapa individu yang terkumpul untuk 10 tahun lalu. Sudah tentu ia tidak sah.

“Kamu tidak boleh mengumpul atau menggunakan kaedah baharu untuk mengira cukai sedangkan individu berkenaan telah membayar cukai mereka mengikut pengakuan awal undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada terdapat beberapa tindakan lain akan dikenakan terhadap menteri-menteri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). – UTUSAN ONLINE

Kategori