Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

6 Buah Stadium Gergasi...

STADIUM bola sepak bukan hanya digunakan sebagai tempat berlatih, berlawan dan arena bagi...

PUNB Kurangkan Peruntukan Pembiayaan...

KUALA NERUS - Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengurangkan peruntukan pembiayaan usahawan tahun...

Waspada Scam Skim Persaraan,...

PETALING JAYA - Kumpulan profesional di puncak kerjaya, anak muda berpendidikan dan mereka...

606 Peserta Jahit Batik...

PUTRAJAYA - Acara jahit beramai-ramai secara serentak membabitkan 606 peserta di Auditorium Cempaka...

Lori Terbalik Beras, Bihun Bertaburan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Km 14.1 Lebuhraya Baru, Lembah Klang (NKVE) arah selatan dari Damansara ke Subang sesak selepas sebuah lori yang membawa muatan beras serta bihun terbalik, kata polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din hari ini berkata, kejadian itu berlaku pukul 10 pagi apabila lori terbabit dipercayai terbabas lalu terbalik menyebabkan beras serta bihun berselerak di lebuh raya itu.

“Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kelindan cedera ringan di bahagian pinggang dan lutut.

“Kemalangan itu mengakibatkan aliran trafik sesak dan hanya dua lorong dibuka bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, anggota trafik masih membuat kawalan di lokasi kejadian bagi memastikan aliran trafik lancar.


Gambar lori terbalik menyebabkan beras dan bihun berselerak di lebuh raya itu tular di laman sosial.

Kategori