Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tentera Myanmar Terus Hapus...

COX'S BAZAR - Pasukan keselamatan Myanmar meningkatkan operasi terhadap pemberontak Rohingya, susulan pertempuran...

Rosyam Nor Artis Pertama...

SEORANG aktor terkenal Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya mampu terlibat dalam bidang perniagaan...

Sedekah Wang Kemenangan Kepada...

TERPANGGIL untuk berkongsi rezeki, pelawak terkenal Johan berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam...

Dendam Punca Kematian Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan unsur dendam antara punca pergaduhan yang...

Mahathir, Hsien Loong Adakan Perbincangan Tahunan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengadakan perbincangan hari ini di bawah rangka kerja Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-9 di sini.

Hsien Loong tiba di Perdana Putra di sini pada pukul 10 pagi dan disambut oleh Mahathir dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dua Perdana Menteri itu kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti satu mesyuarat delegasi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menghadiri mesyuarat itu.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu keprihatinan bersama, mengkaji kemajuan kerjasama dua hala yang sedia wujud dan meninjau bidang kerjasama baharu demi faedah bersama.


Hsien Loong yang tiba di Malaysia semalam, diiringi beberapa menteri dan pegawai kanan republik itu.

Malaysia dan Singapura merupakan rakan perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain dengan jumlah dagangan bernilai US$59.92 bilion (RM181.34 bilion) pada 2018.

Kategori