Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Rumah Fizo Omar Pertama...

PELAKON dan pengacara Fizo Omar tidak menyangka rumahnya yang terletak di Kampung Selising, Pasir...

Lelaki Disyaki Kelar Ibu...

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin mengeluarkan perintah reman disambung seminggu lagi terhadap...

Siasatan Video Dikaitkan Dengan...

KUALA LUMPUR - Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video yang dikaitkan dengan seorang menteri...

Video: Benci Lelaki Telinga...

BAGAI tidak mengenal erti serik, gadis yang dikenali sebagai "Baby Ira" di media...

Najib Bimbang Laporan Media Tak Beri Gambaran Sebenar Kes

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan kebimbangannya terhadap kemungkinan laporan media mengenai perbicaraan kes SRC International yang dihadapi beliau tidak dilaporkan secara tepat.

Dengan itu, beliau sekali lagi meminta kerajaan supaya menyiarkan proses perbicaraan tersebut secara langsung sama ada melalui Facebook Live atau YouTube.

“Saya bimbang bahawa laporan-laporan media yang dikawal kerajaan tentang kes saya sehingga ini tidak memberi gambaran sebenar kepada Rakyat.

“Rakyat ada hak untuk mengetahui kebenaran dan mendapat ketelusan.

Saya sekali lagi menyeru kerajaan untuk membuat siaran langsung kes ini melalui FB live atau YouTube,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Najib juga memuat naik satu link petisyen meminta kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyiarkan sidang perbicaraan kes itu secara langsung.

Dalam pada itu, bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman transkrip video (CRT) perbicaraan bekas bossnya itu dengan mengatakan ianya tidak melanggar sebarang undang-undang.


Tegasnya, arahan am oleh mahkamah hanya melibatkan rakaman peribadi dan rakaman siaran langsung yang tidak mendapat kelulusan.

Katanya, video yang dimuat naik olehnya semalam adalah bukan siaran langsung ataupun rakaman peribadi.

Ia merupakan rakaman oleh mahkamah melalui CRT dan bukannya pihak lain.

Tambahnya, transkrip video CRT oleh mahkamah adalah berbeza dengan rakaman peribadi.

Susulan tindakannya itu, beberapa ahli Pakatan Harapan berhasrat untuk membuat laporan polis terhadap beliau. – MalaysiaGazette

Kategori