Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli Lapor SPRM Calon...

IPOH : Seorang ahli PKR Tambun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Mahathir Tiba Di Qatar...

DOHA - Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba, di sini, untuk memulakan lawatan rasmi...

“Beri Peluang Saya Uruskan...

GEORGE TOWN - “Beri saya peluang sebagai suami, ayah dan anak jalankan tanggungjawab...

Peniaga Ayam Tertekan, Gesa...

KUALA TERENGGANU: Kalangan peniaga ayam yang dikompaun sebanyak RM500 di Pasar Chabang Tiga...

Najib Sedih Hibah Tabung Haji Turun

REMBAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedihnya apabila Tabung Haji hari ini mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, agihan hibah yang terendah dalam sejarah Malaysia itu adalah kerana nilai saham yang disenaraikan dalam bursa tempatan telah jatuh ekoran kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengendalikan ekonomi negara.

“Harga saham jatuh, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, nilai bursa saham sudah merudum sebanyak RM270 bilion. Tabung Haji tidak boleh beri dividen sebab saham Tabung Haji pun jatuh.

“Tabung Haji ada Bank Islam, ada saham dalam MMC, IJM dan MRCB, semua jatuh sebab mereka tidak mengendalikan ekonomi dengan betul, yang susah rakyat biasa. Rakyat mesti tuntut, jangan terima hibah yang begini rendah, pergi ke sana, jengkal muka mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Bersama Masyarakat India di Bandar Ekar, Rantau di sini malam ini.

Yang hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Sementara itu, Najib berharap penduduk di Rantau dapat memberikan kemenangan besar kepada Mohamad yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN pada hari pengundian PRK Rantau, 13 April depan.

“Kalau kita mahu perubahan landskap politik negara, kita mesti beri kemenangan besar kepada Tok Mat di Rantau ini. Tok Mat telah berikan banyak jasa kepada kita.

“Dia telah banyak tolong kepada sekolah Tamil, kuil pun dia tolong, masjid pun dia banyak beri bantuan, jadi macam mana mahu lagi. Kita mahu orang yang boleh beri perubahan kepada kawasan ini, Tok Mat adalah pilihan kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori