Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu Kereta Sapu Didakwa...

PEMANDU kereta sapu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini,...

Calon SJK Cina Dan...

KUALA LUMPUR - Seramai 98,462 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan...

Sebahagian RM9j Disalur Kepada...

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada RM9 juta yang dijimatkan daripada pengurangan peruntukan untuk...

Aktiviti Bersukan Malam ‘Pembunuh...

SHAH ALAM - Aktivi bersukan seperti bermain futsal, beriadah di gimnisium dan bermain...

Nelayan Bunuh Kekasih Berdepan Tali Gantung

GEORGETOWN – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya, minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, Ali Ahmad, 55, di hadapan Majistret L Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, Ali didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Surinder Kaur Bedi Kirpal Singh, 37, di Persiaran Bayan Indah di sini, antara jam 10 hingga 10.45 malam, 30 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Umma Devi menetapkan 9 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes, selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mengikut laporan, Ali didakwa memukul mangsa menggunakan topi keledar sehingga mati akibat cemburu.

Surinder Kaur meninggal dunia jam 5 pagi akibat kecederaan parah di kepala, selepas dirawat di Hospital Pulau Pinang di sini. – BH Online

Kategori