Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Najib Sifatkan Aziz Tokoh...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Tan...

Johor Iktiraf Sumbangan Masyarakat...

JOHOR BAHRU - Masyarakat Sabah telah banyak menyumbang kepada pembangunan di Johor terutama...

Dua Gudang Kayu Musnah...

TAWAU - Dua gudang menyimpan kayu di Kompleks Perindustrian Kayu-Kayan Tanjung Batu di...

‘YOU Dan ‘MaGIC’ Mahu...

JOHOR BAHRU - Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akan bekerjasama dengan...

Nooryana Bidas Permata Jadi Genius

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nooryana Najwa berkata, penukaran nama itu tidak mencerminkan intipati sebenar program tersebut.

“Permata membayangkan tentang kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak adalah sangat berharga dan setiap mereka mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai Program Permata dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius.

Keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju untuk menjadikan program itu lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi namun fungsi dan peranannya sama.

Dalam pada itu, Nooryana berkata, perkataan Genius telah menghina pihak berkepentingan kerana Permata bukan sahaja melibatkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan tetapi juga dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menerusi Permata Kurnia serta remaja yang tercicir menerusi Perkasa Remaja.

“Sangat mengecewakan apabila inisiatif ini memberikan tumpuan untuk pelaburan masa depan negara dalam sumber tenaga manusia telah dipolitikkan.


“Di Universiti Harvard, setiap hari saya melihat rakan-rakan yang berjuang untuk program pengembangan awal kanak-kanak menerusi program khas dan kanak-kanak istimewa yang memberi tumpuan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah,” ujarnya.

Jelas Nooryana Najwa, di Malaysia, Permata menyediakan peluang ini di bawah satu platform yang kukuh dan mereka yang mendakwa program ini tidak berjaya adalah tidak benar.

“Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan yang menyaksikan kanak-kanak telah berkembang menerusi sokongan dan persekitaran yang betul,” katanya. – Sinar Harian

 

View this post on Instagram

 

The name-change from PERMATA to “Genius” does not capture the essence of the program. PERMATA was conceived from the belief that “every child is precious”. Every child should have the opportunity to realise his or her truest potential. Frankly, “Genius” is also insulting to many beneficiaries. PERMATA does not only work with gifted children but also children with learning disabilities (PERMATA KURNIA) and less-academically inclined youth (PERKASA REMAJA). It is disheartening that an initiative focusing on investing in our country’s future human capital can be so easily politicised. At Harvard, everyday I watch friends passionately fighting for early childhood education programs, specialised programs for children with disabilities and other initiatives aimed at improving educational access to low-income communities across the US. In Malaysia, PERMATA provided all these opportunities under one cohesive platform. And for those who claim that PERMATA had nothing to show for, happy to provide you with a plethora of success stories. It is truly captivating to see how high our children can soar with the right support and learning environment. #permata

A post shared by yananajib (@yananajib) on

Kategori