Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPWKM Pandang Serius, Siasat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan...

Puncak Niaga Rayu Keputusan...

SHAH ALAM - Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) akan memfailkan rayuan terhadap...

NGO Pulau Pinang Tandatangan,...

GEORGE TOWN - Lebih 100 kepimpinan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang...

Pemilik Pub Bengang Temui...

SEORANG pemilik pub yang menemui seluar dalam kotor bersaiz XXXL di tempat letak...

Noraniza Kecewa Konsert Tak Dibantu Agensi Kerajaan

KUALA LUMPUR – Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris kecewa kerana konsertnya tidak mendapat sokongan daripada agensi kerajaan.

Kekecewaan itu dinyatakan kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid.

Itu kekecewaan Noraniza dan dia terpaksa melalui pelbagai rintangan tanpa sokongan namun berjaya menganjurkan konsert selama tiga hari yang berakhir semalam, katanya.

Konsert yang dimaksudkan Ayob ialah Konsert Sawo Matang yang diadakan di Matic baru-baru ini.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang biasa taja dulu kita tak tolong. Minta bunga untuk hiasan pentas pun tak layan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Menurut Ayob, IRAMA berharap kerajaan sekarang membantu industri irama Malaysia kerana ia ada sumbangan kepada menaikkan identiti bangsa.


Beliau mendakwa, pihaknya sebelum itu banyak mahu bertemu dengan agensi-agensi kerajaan namun kesemuanya tidak dilayan.

“Sejak permegian arwah Pak Ngah, lagu irama Malaysia semakin suram dan jangan biarkan Noraniza keseorangan memperjuangkannya.

Konsert Sawo Matang Noraniza ini sepatutnya dibuat di Istana Budaya,” kata Ayob lagi.

Kategori