Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

24 Elak Maut, Bas...

SEREMBAN - Seramai 24 orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran sempat menyelamatkan diri...

Pertandingan Reka Tugu Peringatan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Batu Road (Barra) akan menganjurkan pertandingan mereka tugu...

Pasangan Berusia Dicekup Khalwat...

BANDARAYA MELAKA – Kemuliaan bulan Ramadan dicemari apabila masih ada pasangan dicekup berkhalwat...

Polis Selamatkan 26 Mangsa...

BUKIT MERTAJAM - Polis menyelamatkan 26 wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan...

PAS Tunggu PH Bawa RUU 355 Ke Parlimen

KOTA BHARU – PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) untuk dibentang dan diundi di Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pihaknya mengharapkan kerajaan PH khususnya parti Amanah yang dahulu semasa menjadi pembangkang mengatakan tanggungjawab membawa usul pindaan ke Parlimen adalah tanggungjawab kerajaan.

“PAS beri komitmen akan menyokong dan kita juga yakin UMNO akan menyokong, kita harap kerajaan akan bawa pindaan ini kerana kalau undang-undang lain dia boleh bawa maka tidak ada masalah untuk RUU 355.

“Pindaan ini sudah siap dibentang dulu tetapi kerana tidak diundi maka mungkiin perlu dibentang semula,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Bangunan Badan Perhubungan PAS negeri di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sebelum ini beliau pernah berjumpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan menyatakan harapan supaya kerajaan memperbetulkan undang-undang yang sedang berjalan yang tidak selari dengan Islam di mahkamah syariah kini.

“(Mujahid) sebut kerajaan akan buat secara holistik keseluruhan, kita mengalu-alukan usaha kerajaan naiktaraf mahkamah syariah, latihan kehakiman, kakitangan tapi benda ini masa zaman UMNO pun sudah berjalan.


“Yang tidak berjalan adalah pembetulan sistem undang-undang, walaupun undang-undang bukan segala-galanya tetapi ini perlu diperbetulkan kerana sudah lebih 60 tahun kita merdeka,” katanya.

Terdahulu, dalam kuliahnya, Tuan Ibrahim berkata, proses undian RUU 355 tidak dilaksanakan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum ini kerana ura-ura ancaman dari parti komponen di Sabah dan Sarawak ketika itu yang mengugut untuk keluar dari BN jika undian dibuat. – UTUSAN ONLINE

Kategori