Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Berebut Harta Pusaka Punca...

LELAKI maut selepas kepalanya dihentak oleh adiknya sendiri menggunakan alat pemadam api di...

Lelaki Didenda Cuba Berak...

TAK senonoh! Itu yang boleh dirumuskan apabila melihat situasi seorang pesalah trafik di Zhejiang,...

Obses Justin Bieber, Gadis...

Artis terkenal dari Kanada, Justin Bieber, 21; merupakan satu figura atau nama besar...

Wanita Menyamar Pegawai JKM,...

BAGAN SERAI - Kegiatan licik seorang penganggur menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat...

PDRM Boleh Siasat, Tapi Siapa Akan Dakwa Peguam Negara?

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengalu-alukan kesedian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Forum Awam Malaysia dan Statut Rom yang diadakan di Universiti Malaya baru-baru ini apabila didakwa jelas menghasut serta menghina institusi Raja-Raja Melayu.

Namun pada masa sama, Pemuda UMNO mempersoalkan sejauh mana proses siasatan tersebut memandangkan forum itu turut menampilkan Peguam Negara, Tommy Thomas sebagai satu daripada ahli panel.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apa akan berlaku selepas kertas siasatan di peringkat PDRM selesai dan diangkat ke Pejabat Peguam Negara.

“Apakah Peguam Negara akan mendakwa dirinya sendiri? Sebab itu adalah lebih beretika jika Tommy meletakkan jawatan sebelum dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Desakan Pemuda UMNO adalah munasabah malah amat selari dengan peruntukan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Forum itu mengundang kontroversi kerana ada mendakwa ia dijadikan medan untuk menghasut serta menghina institusi Raja-Raja Melayu, susulan daripada isu meratifikasi Statut Rom.

Hal itu menyebabkan beberapa pihak membuat laporan polis termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali yang didakwa mengkritik Raja-Raja Melayu dalam forum tersebut.

Laporan polis juga mengaitkan Tommy, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta beberapa lagi.

Bagi Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi mendakwa, Tommy sudah tidak layak memegang jawatan Peguam Negara kerana beliau boleh dianggap bersubahat.


“Bahkan langsung tidak mempertahankan Raja-Raja Melayu tatkala panelis menyalahgunakan kebebasan bersuara bagi menukar forum awam itu menjadi medan terbuka untuk membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu di hadapan Peguam Negara tersebut,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan tiga kebencian dan penghinaan utama terhadap Raja-Raja Melayu yang dikatakan berlaku dalam forum itu iaitu mendakwa Raja-Raja Melayu merasa terancam dan tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka daripada jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.

Kedua, mendakwa Raja-Raja Melayu dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British dan ketika mendakwa Raja-Raja Melayu makin meluas menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.

“Bagaimana Tommy sebagai Peguam Negara boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dengan baik dari sudut undang-undang bila beliau langsung gagal bersuara malah bersekongkol bila perlanggaran undang-undang membabitkan Baginda dan institusi Raja-Raja Melayu berlaku di hadapan beliau,” soal Asyraf Wajdi.

Kata Ketua Pemuda itu lagi, sewajarnya Peguam Negara tidak perlu hadir bersekongkol bahkan sepatutnya menasihatkan penganjuran forum awam itu supaya dibatalkan setelah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Kabinet memutuskan bahawa kerajaan akan menarik balik ratifikasi Statut Rom.

“Justeru sekali lagi Pemuda UMNO mendesak agar Tommy meletakkan jawatan secara terhormat kerana ternyata telah membelakangi Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Malaysia yang telah membuat keputusan menarik balik ratifikasi Statut Rom ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori