Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Tiba Di...

BEIJING — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

100 Hari Pencapaian Dan...

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa mengumumkan pembentukan Kabinet pada 27...

Tuntutan China Tidak Berasas...

TOKYO – Presiden Indonesia, Joko Widodo menegaskan bahawa tuntutan China terhadap sebahagian besar...

Krisis Malaysia-Korea Utara Tidak...

MUAR - Ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di...

Pegawai BNM Nafi Beri Keterangan Palsu Kes Najib

KUALA LUMPUR – Pengurus jabatan di Bank Negara Malaysia (BNM) Azizul Adzani Abdul Ghafar hari ini menafikan menerima taklimat daripada pihak tertentu supaya memberikan keterangan tidak benar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Azizul Adzani, pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan juga menafikan cadangan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib bahawa beliau menyembunyikan sesuatu berhubung kes itu.

Semasa dirujuk laporan polis yang dibuatnya selepas serbuan dilakukan di Ambank Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015, saksi pendakwaan ke-2 itu berkata beliau juga mengetahui beliau mesti membuat laporan polis yang tepat.

Harvinderjit : Dari mana dapat maklumat jelas untuk buat report polis menyatakan Seksyen 4 Amla (pengubahan wang haram), tuan mesti tahu tentang tanggungjawab mana-mana pengadu dalam membuat report polis.

Tuan tahu buat 1 laporan polis yang salah atau tidak tepat merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan?

Azizul Adzani : Tahu

Harvinderjit : Bila report polis dibuat perlu beri maklumat yang tepat.

Azizul Adzani : Tahu

Harvinderjit : Pada 10.04 malam, 6 Julai 2015, selepas habis serbuan, Tuan ke Balai Polis Tun H S Lee iaitu lebih kurang 34 minit selepas dokumen terakhir diterima dari Uma Devi (R Uma Devi (Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan).

Azizul Adzani : Betul

Harvinderjit : Tuan pergi ke H S Lee buat report katakan adalah kesalahan yang disyaki di bawah Seksyen 4 Amla (pengubahan wang haram), maknanya pada 10.04 malam, kamu mengetahui siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 Amla, dari mana kamu tahu?

Azizul Adzani : Berdasarkan dokumen-dokumen yang dirampas, saya memasukkan Seksyen itu.

Harvinderjit : Tuan yang masukkan bukan pegawai penyiasat kes?

Azizul Adzani : Betul

Harvinderjit: Kamu review dokumen dalam 34 minit dan mendapat pendapat ada kesalahan di bawah Seksyen 4 Amla tapi kamu bukan pegawai penyiasat. Kamu tidak buat apa-apa panggilan kepada Tuan Farhan (pegawai penyiasat)?


Azizul Adzani : Betul

Harvinderjit : Apa dokumen yang dirampas yang membuat tuan berpendapat begini?

Azizul Adzani : Saya tidak ingat bagaimana keputusan itu dibuat.

Harvinderjit : Adakah kamu terima apa-apa taklimat dari mana-mana pihak untuk hadir ke perbicaraan ini dan memberikan keterangan yang tidak benar.

Azizul Adzani : Tidak

Harvinderjit: Saya cadangkan kamu memberi keterangan yang tidak betul di mahkamah?

Azizul: Tidak

Harvinderjit: Adakah kamu ada menyembunyikan sesuatu?

Azizul: Tidak

Najib, 66, menghadapi 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Kategori