Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tindakan Campak Ular Spontan,...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata...

Aplikasi Mudah Alih Nasional...

KUALA LUMPUR - Aplikasi Mudah Alih Nasional yang membolehkan pelbagai perkhidmatan digital diakses...

Presiden MCA Pula Tiba...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjadi pemimpin...

Perang Bendera, Poster Meriah...

PORT DICKSON - Menjelang hari pengundian awal esok, bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil...

Pelayar Buta Berjaya Rentas Lautan Pasifik

TOKYO – Seorang pelayar buta Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti rentas Lautan Pasifik semalam, lapor media tempatan dan menjadi orang hilang penglihatan pertama mencipta rekod dunia mengemudi sebuah kapal layar merentasi lautan luas.

Mitsuhiro Iwamoto tiba di sebuah pelabuh­an di Fukushima de­ngan menaiki kapal layar sepanjang 12 meter pagi semalam selepas dua bulan berlepas dari California, Amerika Syarikat (AS).

Iwamoto, 52, penduduk di San Diego, berlayar dari bandar raya AS itu pada 24 Februari lalu bersama Doug Smith, seorang penunjuk arah yang membantunya secara lisan dengan membekalkan maklumat se­perti arah tiupan angin.

Ia merupakan percubaan kedua Iwamoto selepas pelayarannya sebelum ini terpaksa dipendekkan kira-kira enam tahun lalu selepas kapal layarnya melanggar seekor paus lalu karam.

“Saya sudah pulang. Terima kasih,” kata Iwamoto semasa majlis sambutan kepulangannya selepas kapal layar itu memasuki Fukushima sekali gus menamatkan pelayaran sejauh 14,000 kilometer.

“Saya tidak menyerah kalah dan saya membuatkan impian menjadi kenyataan,” kata Iwamoto yang dipetik akhbar Jepun, Kyodo News.


Ia adalah pelayaran rentas pertama oleh pelayar buta, menurut Kyodo News.

Iwamoto, hilang daya penglihatan pada usia 16 tahun, melakukan pelayaran itu untuk mengumpul derma kebajikan termasuk usaha mencegah masalah penglihatan, menurut laman webnya. – Agensi

Kategori