Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6 Terbunuh, 3 Penyerang...

LONDON - Sembilan maut dalam serangan ganas termasuk tiga penyerang yang ditembak mati...

Tedung Selar Empat Meter...

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar...

SPRM Ambil Dokumen Berhubung...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) hari ini mengambil beberapa...

Saya Masih Peguam Negara...

KUALA LUMPUR ā€“ Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menafikan yang beliau telah...

Pemandu Bas Maut Rempuh Treler

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu bas maut manakala dua lagi penumpang cedera selepas bas yang dinaiki mereka merempuh sebuah treler KM231.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, awal pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 4.00 pagi itu dilaporkan berlaku apabila treler yang dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Prai, Pulau Pinang cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum bas dari dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar, Kedah itu merempuh belakangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu bas Mohd Hafisol Lat, 43, maut di tempat kejadian setelah parah akibat tersepit manakala pemandu treler pula tidak cedera.

“Kejadian itu turut menyebabkan dua penumpang bas iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun luka di kepala manakala wanita hamil berusia 23 tahun patah kaki kiri,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Menurut Razali, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas treler dari arah selatan menghala ke utara itu mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan bagi mengelak sebuah kenderaan yang berhenti di bahu jalan.

“Sebaik sahaja kenderaan berat muatan besi itu berada di lorong kanan jalan, bas dari arah belakang dengan laju telah merempuh treler berkenaan.


“Akibat rempuhan tersebut, pemandu bas parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat manakala dua penumpang bas yang cedera dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya.

Razali berkata pemeriksaan di lokasi kemalangan tersebut mendapati kawasan berkenaan merupakan jalan lurus dengan dua lorong satu hala yang dipisahkan oleh garisan putus-putus sebagai pembahagi jalan.

Katanya, ketika kejadian keadaan jalan adalah gelap dan kering serta merupakan kawasan cerun yang mendaki.

“Kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Sinar Harian

Kategori