Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar OKU Antara Ribuan...

KUALA LUMPUR – Cacat penglihatan tidak menghalang Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19, untuk...

MH370: Tiada Bukti MH370...

PUTRAJAYA - Tidak terdapat bukti yang menyokong bahawa pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370...

Real Buru Kemenangan, Liverpool...

LONDON - Dua pasukan terhebat benua yang menjuarai Piala Eropah 15 kali sesama...

Video Penampilan Terakhir Steven...

SEMALAM merupakan penampilan terakhir Steven Gerrard bersama pasukan Liverpool yang diwakilinya sejak 17...

Pencarian Mohammad Ashraf Sejauh 50 Kilometer

GOPENG – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memperluaskan skop pencarian seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya membuat keputusan untuk memperluaskan skop pencarian selepas tiada petunjuk baru ditemui walaupun beberapa kali mencari di kawasan sama sebelum ini.

“Hari ini kita cuba mencari mangsa di kawasan baru melibatkan laluan yang tidak dilaluinya iaitu trek laluan kategori 50 kilometer merangkumi perkampungan Orang Asli, merentasi sungai dan kawasan berbukit.

“Dengan bantuan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mencari orang yang hilang ini, kita akan berusaha mencari setiap inci kawasan yang dijangka atau berpotensi mangsa tersasar dari laluan asalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Bomba sempena operasi SAR mencari mangsa di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.

Tambah Mohamad Yunus, faktor cuaca yang hujan lebat pada operasi yang dijalankan semalam sedikit membatas dan menyukarkan operasi mencari.


Katanya, JBPM menasihatkan kepada orang awam dan sukarelawan yang ingin membantu mencari mangsa agar membataskan pergerakan di kawasan perkampungan kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan.

“Mereka juga dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai operasi yang dijalankan termasuk unsur mistik dan orang bunian kerana ia boleh menyinggung perasaan penduduk dan ahli keluarga itu sendiri.

“Selain itu, kita harap para sukarelawan tidak perlu hadir lagi ke kawasan ini dan memberi ruang kepada kita menilai semula kawasan berkenaan tanpa gangguan mana-mana pihak,” katanya. – K! ONLINE

Kategori