Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PROTON Sedia Bekerjasama Bagi...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta Malaysia, PROTON, sedia untuk bekerjasama dalam projek kereta...

MetMalaysia Ramal Banjir Kali...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan banjir yang sedang melanda Pantai...

Kerani Rugi RM230,000 Ditipu...

LABUAN - Seorang kerani operasi luar pesisir mengalami kerugian RM230,000 selepas ditipu 'bakal...

Pokok Tumbang Akibat Ribut...

SUNGAI PETANI - Beberapa kejadian pokok tumbang dilapor berlaku di sini berikutan kejadian...

Penghinaan Terhadap Raja, Islam Tidak Boleh Dibiarkan

KUANTAN – Penghinaan terhadap institusi Raja dan agama Islam tidak boleh dibiarkan serta dipandang enteng, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Titahnya, adalah wajar tindakan mengikut undang-undang diambil terhadap pihak terbabit dalam memastikan martabat institusi Raja dihormati oleh semua pihak.

Menurut baginda, semua pihak menghormati sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Baginda bertitah, sebagai negara yang meletakkan Raja kuasa tertinggi, khususnya dalam hal ehwal agama Islam, sikap segelintir pihak menghina Raja dan kesucian Islam tidak boleh dipandang ringan serta perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

“Penghinaan terhadap institusi Raja dan agama Islam tidak boleh dibiarkan serta dipandang enteng. Adalah wajar tindakan mengikut undang-undang diambil terhadap pihak terbabit dalam memastikan martabat institusi Raja dihormati oleh semua pihak.

“Selain itu, saya melihat pelbagai anasir negatif menular dalam kalangan rakyat beragama Islam, termasuk kefahaman Islam liberal serta penerimaan terhadap golongan menyalahi fitrah manusia seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Perkembangan ini amat membimbangkan saya dan sebagai ketua agama negeri (Pahang), saya menyeru kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa bagi membanteras perkara ini daripada terus berleluasa,” titah baginda.


Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14, di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Hassanal mahu Kerajaan Pahang mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya mengharapkannya daripada sumber hutan dan bahan mineral.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab dengan kerjasama kerajaan negeri dapat mengenal pasti sumber kekayaan baharu di Pahang bagi mengurangkan kebergantungan pada sumber mineral dan sumber asli semata-mata bagi pemantapan ekonomi Pahang,” titah baginda lagi.

Kategori