Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Penyambung Legasi Bapa Jadi...

LABUAN - Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang...

Peringkat Akhir 5 ‘Ratu...

SHAH ALAM – Ekspedisi Eksklusif Wanita ke Antartika - ‘All Women Expedition to...

Tapak 1Malaysia Youth Akan...

PAPAR - Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau dengan...

Masyarakat Benteng Utama Kekang...

MELAKA - Benteng utama mengekang penularan gerakan militan IS di negara ini, bukan...

Penyerahan Barang Bukti Di Wang Kelian Tak Ikut SOP

PUTRAJAYA – Dua pegawai polis yang terlibat sebagai saksi dalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penempatan kem sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis tidak mengikut prosedur operasi standard (RCI) dalam isu penyerahan barang bukti yang ditemui di lokasi berkenaan pada 19 Januari 2015.

Inspektor Mohd. Mossadique dan Asisten Superintendan Azizie Mohd. yang masing-masing bertugas sebagai Platun Komander Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pegawai Tatatertib Batalion 3, PGA di Bidor, Perak ketika itu sepatutnya merekodkan semua barang rampasan dan mengisi borang serahan.

Bagaimanapun, Mohd. Mossadique dan Azizie di hadapan panel tujuh panel RCI mengaku tidak berbuat demikian apabila menerima serta menyerahkan barang bukti termasuk sebuah buku mengandungi tulisan Thailand, satu lesen bertulisan Thailand, satu telefon bimbit, tiga kad sim, satu pemain VCD dan beberapa cakera padat.

“Apabila buat rampasan, sepatutnya kena buat serah terima notis.

“Ya, perlu ada rekod,” ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Saiful Hazmi Mohd. Saad sama ada penyerahan barang kes perlu direkodkan atau tidak.

Mohd. Mossadique sebagai saksi ketiga RCI itu juga gagal mengingati tarikh serahan barang rampasan dibuat.

Terdahulu, Mohd. Mossadique memaklumkan dia menyimpan semua barang bukti tersebut selama lebih seminggu di Pos PS9 di kawasan Padang Besar tempat dia bertugas sebelum diserahkan kepada Azizie.

“Saya menyerahkan barang kes itu kepada Azizie kerana tidak mempunyai almari atau loker berkunci untuk menyimpan barang berkenaan secara selamat.

“Sebelum itu, saya menyimpannya di dalam bilik saya di tempat tersorok daripada pandangan orang,” katanya.

Sementara itu, Azizie yang merupakan saksi keempat memaklumkan bahawa serahan barang rampasan itu dibuat pada 28 Januari 2015 iaitu sembilan hari selepas serbuan itu berlaku.


Katanya, dia diarahkan untuk menyimpan barangan rampasan tersebut oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Inspektor Shah dari Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar.

“Saya melapor diri di markas taktikal PGA pada 28 Januari 2015 dan bertemu dengan Mohd. Mossadique atas permintaan pegawai polis dikenali Inspektor Shah untuk mengambil barang rampasan tanpa rekod.

“Pada 29 Januari 2015, saya telah ke IPD Padang Besar dan menyerahkan barang rampasan bersekali dengan dokumen serah terima barang kepada Inspektor Shah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Mossadique turut bersetuju bahawa tiada SOP yang jelas terhadap pengendalian pendatang asing tanpa izin (PATI)

“Ya, saya bersetuju,” katanya ketika ditanya sama ada dia bersetuju terhadap soalan tersebut.

Bagaimanapun, Mohd. Mossadique sebelum itu memberi jawapan berbeza ketika ditanya soalan sama.

“Prosedurnya tangkap (PATI), buat laporan dan serah kepada Jabatan Imigresen,” katanya. -K! ONLINE

Kategori