Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menuntut...

Bekas CEO Rayani Air...

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk...

Rakyat Dibenar Ke Luar...

PETALING JAYA : Bermula esok, kerajaan membenarkan rakyat untuk merentas negeri selepas kelonggaran kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.Menurut Ismail Sabri, peratusan rakyat Malaysia dewasa yang lengkap divaksinasi telah mencapai 90 peratus.

Bukan Setiap Rakyat Malaysia...

Ramai orang menyebut tentang cukai pendapatan. Tatkala menyebut cukai pendapatan dalam fikiran mereka...

Perak Akan Kecilkan Jumlah Penjawat Awam

IPOH – Kerajaan Perak akan melaksanakan kawalan saiz perkhidmatan awam secara berfasa bermula pada tahun ini sehingga 2021 seperti yang dicadangkan kerajaan Persekutuan.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, dasar untuk mengecilkan dan mengawal saiz perkhidmatan awam telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri kerana jumlah perjawatan sebanyak 1.7 juta yang sedia ada di Malaysia adalah termasuk perkhidmatan awam negeri.

Menurutnya, kawalan saiz perkhidmatan awam itu bukan perkara baharu kerana ia telah dilaksanakan kerajaan sejak tahun 2015.

“Pelaksanaan kawalan tersebut sebagai langkah mengoptimumkan sumber manusia sektor awam melalui pewujudan jawatan secara tukar ganti, penyusunan semula perjawatan, penetapan had siling pengisian jawatan, rasionalisasi skim perkhidmatan dan penyediaan dokumen deskripsi tugas.

“Bagaimanapun tidak melibatkan penjawat awam sedia ada yang sedang berkhidmat tetapi ia dilaksanakan melalui kaedah pemansuhan jawatan jumud, pemansuhan Jawatan Sementara Perubahan Skim (JSPS) dan jawatan yang tidak diisi melebihi tempoh dua tahun,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datuk Khairuddin Tarmizi (Hutan Melintang-BN) pada sesi soalan lisan sempena Sidang DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.


Menurutnya, kaedah pelaksanaan kawalan saiz perkhidmatan awam ini termasuklah melalui penyusunan semula perjawatan bagi mengelakkan pertindihan fungsi, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, penswastaan, pengasingan sepenuhnya badan berkanun, automasi dan pengisian jawatan baharu secara berhemah mengikut keperluan.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, jumlah penjawat awam Perak yang terkini seramai 13,390 orang.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 5,643 di jabatan negeri; 1,705 di pentadbiran tanah dan daerah; pihak berkuasa tempatan (4,683) dan badan berkanun negeri (1,359). – Sinar Harian

Kategori