Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tarik Balik Kelompok BG04645...

KUALA LUMPUR - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengarahkan Hovid Berhad menarik balik...

Solat Jumaat Di 25...

KUALA LUMPUR - Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak...

Dewan Rakyat Ditangguh, 3...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17...

Nasi Lemak Percuma Setiap...

UMAT Islam cukup sinonim dengan amalan bersedekah pada setiap hari Jumaat. Oleh itu,...

Perodua Bezza Edisi Terhad RM44,890 Sebuah

SERDANG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi terhad yang berharga RM44,890 sebuah tidak termasuk insurans sempena Malaysia Autoshow 2019 yang bermula hari ini hingga 14 April.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Bezza edisi terhad hanya boleh ditempah semasa Malaysia Autoshow 2019 berlangsung dan tidak terdapat di bilik-bilik pameran Perodua.

Katanya, Bezza edisi terhad tampil dengan warna luaran Ivory White dan kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte.

“Model ini juga didatangkan dengan bumbung berwarna hitam matte dan rim aloi kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat corak geometri pada bahagian bonet dan sisi.


“Bahagian dalaman Bezza edisi terhad lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah dan karpet koil GearUp,” katanya dalam majlis memperkenalkan Bezza edisi terhad di sini, hari ini.

Kategori