Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Johor Sokong Buka Sempadan...

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyokong hasrat pembukaan sempadan...

Gadis Litar F1 Peraga...

KEHANGATAN Grand Prix Formula Satu (F1) mencapai kemuncaknya apabila hari ini merupakan hari...

Babak Filem Porno Yang...

BAYANGKAN situasi ini: anda ditugaskan di suatu tempat dan bertemu dengan seseorang yang...

Penstrukturan Semula MAB Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa puas...

Perpaduan UMNO-PAS Tidak Akan Hancurkan Kaum Lain

ALOR SETAR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan kerjasama dan perpaduan ummah antara parti itu bersama PAS sama sekali tidak akan mengenepikan kaum lain di negara ini.

Menurutnya, sekalipun kedua-dua parti yang berasaskan Melayu dan Islam itu ditakdirkan membentuk kerajaan perpaduan suatu hari nanti, kaum-kaum lain akan hidup bersama-sama bagi menggerakkan negara.

“Masyarakat Melayu dan bumiputera (di negara ini) adalah 64 peratus, justeru dominasi politik mesti terletak pada tangan kita.

“Tetapi saya ingin maklumkan kumpulan Melayu yang beragama Islam ini tidak akan pernah menghancurkan atau mengganggu mana-mana kaum dalam negara ini,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Perpaduan Ummah di Kompleks PAS negeri di sini, malam tadi.

Tambah Mahdzir, konsep perpaduan ummah sebenarnya telah lama dimulakan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang menyaksikan pembinaan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa perkara berkaitan ummah.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Padang Terap itu mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang masih memperjuangkan usaha meratifikasi Statut Rom.

Ujarnya, langkah itu seolah-olah tidak menghormati pendirian Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengumumkan kerajaan menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sebelum ini.


“Seminggu selepas Tun (Dr. Mahathir) umum perkara itu, terdapat menteri yang menyatakan usaha meratifikasi Statut Rom masih ada harapan.

“Siang tadi juga ada forum di Universiti Malaya yang menampilkan panel yang mengutarakan pandangan seolah-olah memperkecilkan raja-raja Melayu.

“Kalau Perdana Menteri sudah umum tarik semula Statut Rom, tetapi tiba-tiba masih ada menteri dan kumpulan yang memperjuangkan usaha itu, maka di mana hormat mereka kepada Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori