Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Dikunjungi Duta...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Datuk Abdul Hadi Awang dikunjungi oleh...

9 Warga Indonesia Cuba...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan warga Indonesia dipercayai...

Sedih…Makcik Tua Minta Tudung...

Sebak rasanya membaca perkongsian Raja Shamri menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang makcik tua...

‘Moh Ngeteh’ Cara Santai...

BERA - 'Moh Ngeteh', yang bermaksud mari minum teh, menjadi platform kepada Menteri...

Polis Jumpa Mayat Bayi Baru Lahir Ditanam Di Kulim

ALOR SETAR – Polis menemukan mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Supt. Zailani Mohd Yusof berkata penemuan itu susulan siasatan pihak polis terhadap seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang baru bersalin dan telah datang menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Pegawai perubatan yang merawat remaja terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis pada pukul 5.50 petang semalam dan pegawai polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah datang ke hospital untuk menyiasat.

“Hasil siasatan, remaja terbabit memaklumkan dia telah bersalin pada pukul 1.45 pagi di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai dan mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya berumur 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailani berkata, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan dan remaja terbabit menghubungi teman lelakinya untuk meminta bantuan.

“Mereka telah membawa mayat bayi itu dengan menaiki motosikal ke Kampung Limau Manis sebelum menanamnya di kedalaman 0.3 meter. Kita telah berjaya menahan suspek lelaki yang kemudian menunjukkan lokasi mayat dibuang.


“Proses menggali mayat dijalankan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan mayat akan dibedah siasat Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit masih menerima rawatan di hospital sementara teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Kategori