Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penulis Lagu Popular Ini...

MUNGKIN tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita...

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

Budak Bawa Motor Maut...

KLUANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari motosikal...

Dialog TN50 Pastikan Keperluan...

KOTA KINABALU - Pandangan dan idea yang dikongsikan melalui dialog Transformasi Nasional 2050...

Program ‘BossKu’ Cuba Disabotaj, Kain Rentang Dibuang

KUBANG PASU – Pimpinan parti politik dari kawasan Jerlun didakwa cuba mensabotaj program bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menghadiri ceramah perpaduan ummah di tapak markas PAS Kampung Hutan Palas, Kodiang, Jumaat ini.

Difahamkan, pimpinan parti politik itu telah mengarahkan pihak tertentu membuang kain rentang mengenai kehadiran Najib atau popular dengan gelaran BossKu itu yang dipasang di sekitar kawasan Kubang Pasu di sini.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat tidak memberi sebarang kesan kerana semua orang khususnya penduduk negeri ini sudah sedia maklum mengenai program tersebut yang turut diuar-uarkan di media sosial.

Perkara itu, dijelaskan di dalam status Facebook milik Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam Baderudin hari ini yang melahirkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Sekarang sudah bermula sabotaj untuk program ini.. Arahan dari pimpinan politik di Jerlun kepada pihak tertentu agar segala banner (kain rentang) yang dipasang supaya dibuang. Mereka sangat takut dengan program ini.

“Depa (mereka) boleh cantas banner, tetapi tidak boleh sekat maklumat ini (program) dari diviralkan (ditularkan). Ana (saya) menyeru kepada semua rakan agar viralkan maklumat ini.


“Semalam ana dah bercakap dengan BossKu (Najib) dan maklumkan perkara ini. Jawapan BossKu; ustaz, jangan down (patah) semangat, ini adalah cabaran kepada kita,” katanya seperti dipetik status Facebook tersebut.

Sementara itu, Ahmad Husam ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dalam suasana Malaysia baharu ini yang kononnya membawa pendekatan politik secara demokrasi, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak perlu takut, amalkan politik secara matang. Mereka kerajaan ada pendekatan menyampaikan maklumat, kita pun ada cara tersendiri menyampaikan maklumat kepada rakyat menerusi ceramah atau sebagainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori