Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AS Mulai Berpaling: Pejuang...

TRAGEDI Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia...

Video Trending! Pertemuan Semula...

Siapa sangka, demam filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta kembali melanda kini.Ia seolah-olah...

Dua Korea Bersidang Bulan...

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju semalam untuk mengadakan sidang kemuncak...

Ramai Tumpang Gembira Berita...

SELEPAS 11 tahun penantian yang penuh kesabaran, akhirnya pada penghujung tahun 2017 ini...

Projek Terowong Dasar Laut: Datuk Seri Didakwa Esok

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 38 tahun itu akan berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek sebelum ini telah ditahan SPRM pada Februari tahun lalu kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Difahamkan, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara bulan Julai dan Ogos 2017.

“Pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai 2017 manakala bayaran kedua sebanyak RM15 juta pula dibuat pada bulan sama.


“Baki sebanyak RM2 juta pula dibayar pada Ogos 2017. Kesemua pembayaran tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. – K! ONLINE

Kategori