Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Aiman Tino Impi Beli...

PETALING JAYA - Penyanyi Aiman Tino berhasrat untuk membeli sebuah rumah sebagai hadiah...

Tentera Gagalkan Cubaan Seludup...

BAU - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba membawa keluar...

Pegawai Bertugas Pada Hari...

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan agensi-agensi penerbangan negara itu supaya menggantung kerja para pegawai yang...

Pendidikan Sivik Diterap Dalam...

KUALA LUMPUR - Kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah...

Putrajaya Lakukan 2 Perkara Tak Ikut Perlembagaan – TMJ

JOHOR BAHRU – Adakah Putrajaya cuba mengambil alih kuasa kerajaan negeri?

Itu persoalan ditimbulkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan pengumuman pembinaan hab pemindahan kapal ke kapal (STS) terbesar di dunia yang akan dibina di Pelabuhan Johor di Putrajaya hari ini.

Menurut Tunku Ismail, beliau dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak dimaklumkan mengenai projek berkenaan, malah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian juga tidak mengetahui mengenainya.

“Kerajaan negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian juga tidak maklum berkenaan projek itu. Jadi, sesiapa yang mengatakan Johor maklum mengenai projek berkenaan adalah satu pembohongan.

“Apa sahaja yang berada di dalam jarak 3 batu nautika di perairan Johor terutama sekali perkara berkaitan tanah dan air adalah hak mutlak negeri. Adakah Putrajaya cuba untuk mengambil alih kuasa negeri?” katanya yang dimuat naik di Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.


Tunku Ismail berkata, projek STS merupakan satu daripada dua perkara dilakukan Putrajaya tidak mengikut Perlembagaan.

Tambahnya, perkara kedua kerajaan Pusat telah melakukan perkara yang tidak berpelembagaan adalah mengenai isu ratifikasi Statut Rom, di mana kerajaan menandatangani instrumen itu tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. – UTUSAN ONLINE

Kategori