Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lawatan Anifah Ke Arab...

KUALA LUMPUR - Perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan...

TM Perluas HSBB Di...

JOHOR BAHRU - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan...

PM Buat Lawatan Rasmi...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura esok (30 Jan)...

Emosi Seseorang Mempengaruhi Perubahan...

TULISAN tangan seseorang akan mengalami situasi perubahan yang boleh dilihat dengan mudah dan...

MPFN Tidak Buat Sebarang Keputusan Pelan Induk PSR

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) semalam tidak membuat sebarang kelulusan atau persetujuan ke atas cadangan Pelan Induk Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, sebaliknya majlis itu telah menasihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui 18 nasihat yang telah digariskan beserta dengan ulasan dan nasihat tambahan daripada pelbagai pihak.

Katanya, antara pihak tersebut adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Kerajaan negeri juga dinasihatkan untuk terus mengadakan perundingan bersama masyarakat setempat dan rakyat yang akan terkesan daripada pembangunan ini dan memastikan keperluan mereka diberi perhatian sewajarnya.

“Suka juga diingatkan bahawa permohonan ini perlu mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada agensi yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Khalid berkata, memandangkan permohonan yang dikemukakan ini berbentuk pelan induk, ia perlu dikemukakan semula untuk mendapatkan nasihat majlis di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).


Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan PSR seluas 2,600 hektar bagi membentuk tiga pulau buatan yang akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek dirangka menerusi Pelan Induk Pengangkutan (PIP) termasuk terowong dasar laut dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengumuman itu menerima bantahan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang menyifatkan projek itu hanya menguntungkan para pemaju serta pihak bank namun tidak ada sebarang kebaikan diperoleh rakyat. – UTUSAN ONLINE

Kategori