Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hotel YT Midtown Peruntuk...

KUALA TERENGGANU - Hotel YT Midtown memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5 juta bagi menaik...

Bazar Ramadan Pandu Lalu,...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan...

Objektif Pakatan Harapan Jadikan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengumumkan agenda utama gabungan parti pembangkang yang baru...

Tambang Bas Sekolah Dijangka...

PETALING JAYA - Kadar tambang bas sekolah pada sesi persekolahan yang akan dibuka...

Putrajaya Pertahan Perjanjian Terbaru Sawit Dengan China

KERAJAAN menafikan dakwaan perjanjian terbaru penjualan minyak sawit dan produk berkaitan kepada China tertakluk kepada had tahunan 200,000 hingga 500,000 tan untuk 4 tahun akan datang.

Kementerian Industri Utama berkata, tiada syarat sedemikian dalam perjanjian persefahaman antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan, Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA) yang ditandatangani di Beijing minggu lalu.

“Ia adalah tambahan kepada eksport minyak sawit sedia ada ke China oleh pengeksport Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Terdahulu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkongsi satu salinan didakwa MoU itu yang menunjukkan had ke atas import minyak sawit.

Ketika mendakwa MoU itu berdasarkan perjanjian dengan China pada 2015 yang ditandatangani Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika itu, Douglas Uggah Embas dan Menteri Luar China, Wang Yi, Najib berkata, Beijing tidak menetapkan sebarang had ke atas import minyak sawit dari Malaysia ketika itu.

Tetapi, kementerian itu berkata, MoU itu hanya berkaitan kualiti dan keselamatan minyak sawit tempatan yang dieksport ke China.

“Tiada sebarang bentuk komitmen ataupun jaminan daripada kerajaan China dalam MoU bertarikh 23 November 2015 untuk meningkatkan pengimportan minyak sawit Malaysia,” katanya sambil menambah MoU terbaru itu mengkehendaki kedua-dua negara bersetuju kepada tambahan sekurang-kurangnya 1.9 juta tan minyak sawit dieksport ke China untuk 5 tahun.


“Hasil rundingan tersebut, pihak China bersetuju menambah import minyak sawit Malaysia.”

Berdasarkan salinan MoU terbaru yang dikongsi atas talian, gergasi makanan milik kerajaan China, China Oil and Foodstuffs Corporation (COFCO) akan membeli RBD Palmolein, minyak sawit bertapis, luntur dan dinyahbau, berdasarkan had tahunan yang ditetapkan.

Menurut dokumen itu yang keasliannya tidak boleh disahkan, eksport akan dihadkan kepada 200,000 tan tahun ini, 300,000 tan pada 2020, 400,000 tan pada 2021 dan 500,000 tan untuk tahun berikut.

Katanya, CFNA akan menggalakkan syarikat China meningkatkan jumlah pembelian tahunan minyak sawit berdasarkan pembelian berorientasikan pasaran. – FMT

Kategori