Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Wanita Calon Utama...

BANGKOK – Dua pemimpin wanita muncul calon utama Perdana Menteri Thailand dengan tinjauan...

18 Maut, 175 Cedera...

TAIPEI - Lapan belas orang disahkan maut dan 175 mangsa lain cedera, selepas...

Sokongan Padu Pemain ‘Lama’...

MALAM ini bakal berlangsungnya perlawanan bersejarah sepanjang Sukan SEA 2017 iaitu bagi merebut...

Operasi Potong Bekalan Air...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatikan supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera...

Raja-Raja Melayu Sudah Terhapus Sejak 25 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy memberitahu kekebalan Raja-Raja Melayu sudah lama terhapus sejak 25 tahun lalu.

Jelas beliau, ini kerana Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 1993 dengan menubuhkan Mahkamah Khas bagi kesalahan yang dilakukan Raja-Raja Melayu.

“Apa yang berbeza ketika ini apabila rakyat biasa diadili di mahkamah biasa manakala Raja-raja Melayu dibawa ke Mahkamah Khas,” katanya.

Tommy menambah, Statut Rom hanya dikuatkuasa sekiranya polis di Malaysia tidak melakukan siasatan dan tidak ada pendakwaan dari Pejabat Peguam Negara terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Bermula dari situ, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan masuk campur.

“Malah selepas kita tandatangani Statut Rom, kesalahan lampau juga tidak diambil kira lagi,” katanya.


Tommy berkata demikian ketika berucap pada Forum Awam & Statue Rom di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya di sini, hari ini.

Selain Tommy sebagai panel, forum itu turut menampilkan anggota G25 Datuk Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan undang-undang Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet serta ahli politik veteran, Dr. Syed Husin Ali.

Penganjur forum merupakan aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi. – MalaysiaGazette

Kategori