Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

AG Pertimbang Pinda Pertuduhan...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara (AG), atas kedudukan beliau sebagai Pendakwa Raya, sedang...

Aliran Trafik Meningkat Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat dan...

Klip CCTV Hotel Four...

PETALING JAYA - Hotel yang menjadi tumpuan dalam kontroversi video seks sejenis menyasarkan...

Najib Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu...

Rayuan Jawatankuasa Bertindak Kuil Didengar 15 April

PUTRAJAYA – Prosiding pendengaran tiga perkara di Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan Jawatankuasa Bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dijadualkan semula kepada 15 April.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid menetapkan tarikh pendengaran baharu selepas membenarkan permohonan peguam M. Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa bertindak kuil itu, bagi penangguhan pendengaran.

Visvanathan memberitahu mahkamah beliau mahu memfailkan afidavit jawapan kepada afidavit Jabatan Peguam Negara yang diserahkan kepadanya semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah tidak membantah permohonan bagi penangguhan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu ialah Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Datuk Lau Bee Lan.

Kategori