Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

15 Maut Dalam ‘Serangan...

Beijing - Seramai 15 orang terbunuh dan 14 lagi parah dalam ‘serangan pengganas’...

Sukarelawan Kesihatan Rasa Dihargai

TANGKAK - Peningkatan bayaran sagu hati kepada sukarelawan kesihatan terbabit dalam proses vaksinasi...

Projek Pembinaan Lebih RM50...

PETALING JAYA - Mulai tahun depan, mana-mana projek pembinaan swasta yang melebihi RM50...

Bomba Nasihat Pendaki Gunung...

BALING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menasihati para pendaki agar memastikan api...

RCI Wang Kelian: 11 Nama Orang Tengah Didedahkan

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 nama orang tengah yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) susulan penemuan kem sementara di Wang Kelian, Perlis pada 2015 didedahkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini.

Bekas pemangku Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Asisten Superitenden Jamalludin Shah Mohd. Jawan berkata, semua nama tersebut merupakan warga tempatan telah berada di dalam radar pihaknya pada selama ini.

Beliau yang kini bertugas di IPD Tumpat Kelantan berkata, laporan Cawangan Khas berhubung penyeludupan manusia itu dikategorikan sebagai rahsia besar, justeru itu ia tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan.

Sehubungan itu, Pengerusi RCI, Tun Ariffin Zakaria meminta para wartawan dan orang ramai yang duduk di galeri awam diminta keluar sebaik sahaja saksi ketujuh itu ingin mendedahkan nama tersebut.

Keadaan itu telah menyebabkan wartawan terpaksa menunggu di luar bilik prosiding kira-kira 30 minit sehingga proses itu selesai.

Pada prosiding sebelum ini, saksi keenam RCI iaitu bekas Penolong Pegawai Pemerintah Medan Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA), S. Sivanganam pernah mendedahkan terdapat dalang terlibat yang terdiri daripada penduduk Wang Kelian.


Selain itu, sebanyak tiga lagi saksi telah dipanggil memberikan keterangan pada hari ini antaranya dua pesara polis dan seorang anggota polis yang pernah terlibat dalam penahanan PATI di Wang Kelian.

Mereka adalah Abdul Rahman Hashim dan Zainuddin Husin yang masing-masing merupakan bekas Ketua Balai Polis Kaki Bukit di Padang Besar manakala seorang lagi Penyelia Pondok Polis Wang Kelian, Koperal Roshaidi Hussin.

Prosiding RCI akan disambung semula esok. – UTUSAN ONLINE

Kategori