Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sekumpulan 27 Diplomat Asing...

LAHAD DATU - Sekumpulan 27 diplomat asing yang bertugas di Kuala Lumpur tiba...

Ahli Parlimen Jelutong Ada...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempunyai jasa kepada Utusan Malaysia...

Wanita Tertua Di Malaysia...

ALOR SETAR - Wanita tertua di Malaysia, Puan Ahmad yang berusia 121 tahun...

Penunggang Motosikal Yang Ditahan...

SEBUAH video menunjukkan seorang penunggang motosikal ditahan polis tular dan menjadi perbualan di...

RCI Wang Kelian: Saksi Kelima Pernah Ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Hari kelima pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dikejutkan dengan kredibiliti saksi kelima yang pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015.

Perkara itu dimaklumkan saksi ke-14 iaitu bekas Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Wan Hamzah Wan Kadir yang memberitahu individu terlibat, Asisten Superintenden M. Joeking pernah ditahan berkaitan kes penyeludupan diesel dan beras.

“Kes tangkapan itu membabitkan empat pegawai dan dua atau tiga anggota PGA.

“Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Bukit Wang Burma (lokasi penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian),” katanya.

Sehubungan itu, Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria meminta pengawai pengendali RCI untuk menyemak status siasatan kes rasuah melibatkan Kompeni Komandan B Batalion 3 PGA itu.

Dalam nada sama, Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai pula menambah, perkara itu adalah penting kerana ia melibatkan soal kredibiliti saksi.

Isu berkenaan timbul apabila Wan Hamzah ditanya terhadap keterangan saksi keenam, S. Sivanganam yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor dalam prosiding lalu.


Sivanganam sebelum ini berkata, pasukannya termasuk Joeking tidak dibenarkan menyertai sebarang operasi susulan penemuan struktur tanah menyerupai kubur di Bukit Wang Burma pada 21 Januari 2015.

Wan Hamzah berkata, beliau dengan kebenaran pegawai atasannya mengehadkan kawasan operasi Sivanganam selepas mendapat maklumat pegawai polis itu dan beberapa lagi rakan sekerjanya ‘bermasalah’.

Selain itu, Wan Hamzah berkata, Joeking juga telah mengingkari arahan Perintah Am PGA iaitu membawa telefon bimbit sewaktu melakukan operasi tinjauan kem itu.

Katanya, di bawah perintah itu, anggota dan pegawai PGA tidak dibenarkan membawa telefon ketika bertugas kecuali dengan arahan pihak atasan. – UTUSAN ONLINE

Kategori