Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bantuan 1AZAM Bantu Penerima...

TASEK GELUGOR - Cekal dan sentiasa berusaha memajukan diri merupakan pegangan seorang ibu...

Saman Najib: Bekas Ketua...

PUTRAJAYA - Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim hari...

Kes Zayn Rayyan: Polis...

KUALA LUMPUR : Polis, hari ini mula memanggil bekas pengasuh dan dua ahli...

Anifah Rasmi Kedutaan Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan merasmikan pembukaan Kedutaan Malaysia...

RCI Wang Kelian: Terdapat Arahan Hentikan Siasatan

PUTRAJAYA – Terdapat arahan daripada pihak atasan agar siasatan di kem penempatan sementara pendatang asing tanpa izin (PATI) di Wang Kelian, Perlis pada 2015 tidak diteruskan selepas penemuan mayat pertama.

Perkara itu didedahkan Asisten Superintenden, Junaidy Md. Saad pada sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian di sini, hari ini.

Junaidy yang juga merupakan Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar ketika itu berkata, arahan berkenaan dikeluarkan kepadanya oleh Ketua Polis Daerah Padang Besar.

“Saya mengetahui mengenai kem berkenaan melalui satu laporan yang dibuat oleh Kompeni Komandan B Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Superintenden M. Joeking pada 22 Januari 2015.

“Saya juga dimaklumkan mengenai penahanan 38 PATI dan pasukan saya telah menemubual mereka dan enam daripadanya memaklumkan terdapat struktur tanah menyerupai kubur di kem berkenaan,” katanya dalam prosiding RCI di sini, hari ini.

Menurut Junaidy, hasil soal siasat juga mendapati PATI berkenaan datang ke sempadan dengan menaiki sebuah bot besar, mereka di bawa oleh ejen dipercayai warga Thailand sebelum dikurung di Bukit Wang Burma dan hanya diberi makan sekali sehari.

Selain itu katanya, kali pertama beliau bersama anggotanya naik ke lokasi kem di Bukit Wang Burma ialah pada 23 Januari untuk mengambil gambar serta membuat rajah kasar dan ketika itu turut disedari terdapat struktur tanah seperti kubur.

“Selepas itu saya memberi penerangan kepada Ketua Polis Daerah sebelum Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka. Pada 6 Mac 2015, saya sekali lagi naik ke Bukit Wang Burma bersama Ketua Polis Daerah, Pasukan Forensik dan juga unit Cawangan Khas untuk pemeriksaan.

“Misi pada 6 Mac itu ialah untuk menggali satu struktur tanah yang menyerupai kubur bagi memeriksa sama ada terdapat mayat atau tidak di dalamnya. Selepas menggali pada kedalaman lebih satu kaki dijumpai satu kain kapan mengandungi mayat hampir reput,” katanya.


Junaidy berkata, mayat itu tidak dikeluarkan dari kubur dan telah dikambus semula kerana misi berkenaan hanya mahu memastikan isi struktur tanah menyerupai kubur dan pasukan forensik juga telah menanda 34 kubur lain selain meletakkan garisan polis untuk kawalan.

“Berdasarkan penemuan mayat tersebut Ketua Polis Daerah telah mengarahkan saya membuat laporan kes mati mengejut dan menghentikan siasatan. Selepas itu tiada sebarang siasatan dibuat sehinggalah saya dipanggil untuk berjumpa Timbalan Ketua Polis Negara pada 11 Mei 2015.

“Ketika itu, kes ditukar untuk disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Pada 25 Mei 2015, Ketua Polis Negara telah melancarkan penguatkuasaan khas iaitu Ops Wawasan.

“Kes dikendalikan oleh Bukit Aman, pemeriksaan meliputi kem di Bukit Wang Burma dan Bukit Genting Perah. Hasil operasi itu, sebanyak 106 mayat ditemukan manakala operasi kedua pada 16 Ogos 2015 disebuah kem lain berhampiran sempadan Thailand menemukan 24 mayat lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai mempersoalkan tindakan Junaidy dan polis yang lambat mengambil tindakan untuk menggali struktur tanah yang menyerupai kubur walaupun mendapat maklumat berkenaan pada 22 Januari 2015.

Kategori