Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kini, Shamsul Ghau-Ghau Giat...

SUNGAI BULOH - “Saya khatam al-Quran semasa berumur 12 tahun tetapi tidak mampu...

Pembantu Rumah Dera Dua...

KUALA TERENGGANU : Seorang pembantu rumah ditahan reman selama empat hari selepas dipercayai...

Isu Rembau: Tindakan Untuk...

REMBAU - Kemenangan tanpa bertanding Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Video: Ini Cara Betul...

JENAMA automotif terkenal seperti Porshe, BMW, Audi, Honda dan Mercedes Benz mungkin sudah menjadi kebiasaan...

Remaja Maut Terjatuh Tingkat 7 PPR

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 15 tahun yang demam sejak 3 hari lepas, maut selepas terjatuh dari tingkat 7 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, semalam.

Dalam kejadian 7 petang itu, mangsa Khorilsyahrulnizam Che Norizam mengadu pening kepala kepada bapanya yang baru pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din berkata bapa mangsa, Che Norizam Epon, 48, kemudian meminta anaknya tidur sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Menyedari kejadian itu, bapa mangsa segera turun dan mendapati anaknya cedera parah di kepala serta badannya berlumuran darah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini,” katanya.

Rakaman berdurasi 18 saat memaparkan mangsa yang hanya berseluar jeans berada di aras bawah PPR itu tular di laman sosial semalam.

Kategori