Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

F1: SIC Yakin Capai...

SEPANG - Peminat Formula Satu (F1) di negara ini digesa supaya tidak melepaskan...

Kes Bunuh Morais: Tertuduh...

KUALA LUMPUR — Perbicaraan hari pertama prosiding membela diri kes pembunuhan Timbalan Pendakwa...

Cantik! Warna Pastel Sinari...

JENAMA terkenal Bianco Mimosa (BM) juga tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi busana raya, Mimosa...

Tun M Calon PM...

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman...

Remaja Maut Tertimbus Ketika Mendulang Emas

KUALA KRAI – Seorang remaja lelaki maut selepas tertimbus ketika mendulang emas bersama bapanya di Ladang Fokus Bonanza, Dabong semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang semalam, mangsa Mohamad Amiraasyraf Azman, 17, maut selepas tertimbus ketika mendulang emas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah mendulang bersama ayahnya sejak pukul 11 pagi sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan mangsa tertimbus.

“Bapa mangsa telah mendapatkan bantuan rakan dan orang ramai untuk mencari mangsa, dan mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 6.40 petang, semalam.


“Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Dabong dan mendapati tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, mayat akan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) bagi mengenal pasti punca kematian. – K! ONLINE

Kategori