Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAMA Disaran Bantu Penduduk...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu lebih giat menambah sumber...

Kerajaan Tidak Akan Lupa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera...

APM Terima 61 Lori...

SEREMBAN - Penambahan aset sebanyak 61 lori lima tan (APM) akan meningkatkan kadar...

MPK Roboh Tokong Menyerupai...

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil...

“Saya Bukan Hakim” – Pengerusi SPR

REMBAU – Kerajaan perlu tampil dengan justifikasi bahawa program yang dianjurkan di Rantau ketika tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu bukan bertujuan meraih undi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pembelaan itu perlu oleh kerajaan sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah selepas dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan dan pejabat Peguam Negara (AG) memutuskan aduan itu mempunyai merit.

“Saya tidak boleh kata sama ada aktiviti kerajaan itu wajar atau tidak untuk diadakan semasa kempen PRK kerana apa yang saya kata tidak relevan.

“Buat aduan yang akan disiasat oleh pihak berkuasa. Kalau dibawa ke muka pengadilan, mahkamah yang akan menentukan sama aktiviti itu wajar atau tidak, atau jadi satu kesalahan dalam pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau proses pengundian awal di Balai Polis Rantau dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perubahan jajaran projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang bakal memberi faedah kepada Negeri Sembilan.

Guan Eng membuat kenyataan itu ketika berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Kuala Sawah, Rantau, baru-baru ini.

Azhar Azizan memberitahu, beliau hanya boleh memberi nasihat kepada semua pihak mengenai perjalanan kempen pilihan raya iaitu tidak menyalah guna atau menyeleweng kuasa sama ada oleh kerajaan atau sebaliknya.


“Saya bukan hakim atau juri, saya tidak ada kuasa siasatan, saya tidak boleh kata sewenang-wenangnya, kuasa di tangan rakyat atau pengundi, kalau fikir sesuatu perbuatan itu salah dan ada maklumat, sila buat laporan.

“Mengenai kesalahan pilihan raya, saya ambil inisiatif untuk mengingatkan calon supaya mengikut undang-undang dan jangan melanggar peraturan, itu inisiatif saya sendiri,” katanya.

Tambahnya, sepanjang kempen PRK DUN Rantau sehingga kini, sebanyak 15 aduan telah dibuat kepada polis dan 14 aduan kepada penguat kuasa SPR.

Jelasnya, aduan itu berkaitan kempen yang tidak mengikut undang-undang, kempen tanpa permit, kain rentang tanpa nama pencetak, kain rentang oleh parti yang tidak bertanding dan satu laporan polis oleh pengadu yang mendakwa diugut. – UTUSAN ONLINE

Kategori