Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bubar Kelab Peminat, Nad...

APABILA ditanya mengenai kelab peminatnya yang sudah dibubarkan, pelakon dan perniaga muda Nad...

Tutup Sementara Plaza Low...

"TUTUP sementara Plaza Low Yat sehingga siasatan insiden pergaduhan yang berlaku pada malam...

Ketua Menteri Jayalalithaa Guna...

NEW DELHI - Seorang daripada ahli politik India yang paling berpengaruh dan pernah...

Zairil Khir Johari Diumum...

GEORGE TOWN - Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari diumum sebagai Presiden...

Setuju Penyelesaian Secara Damai Isu Perjanjian Air

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai berhubung perjanjian air termasuk kemungkinan menyelesaikan pertikaian menerusi timbang tara atas dasar persetujuan bersama, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Perjanjian air adalah antara isu yang dibincangkan Mahathir dengan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9, hari ini.

Malaysia dan Singapura terikat di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962. Bagi Malaysia, menyelesaikan isu yang lama tertangguh berkaitan semakan semula harga air merupakan satu keutamaan.

“Kami mengadakan perundingan yang aktif berkaitan semakan semula itu pada lewat tahun 90-an dan 2000,” kata Mahathir pada sidang media yang penuh sesak, dengan turut dihadiri Lee, selepas pemukiman itu.

Isu berhubung perjanjian air antara kedua-dua negara kembali menjadi topik panas pada pertengahan tahun lepas apabila Mahathir berkata harga air mentah yang dijual kepada Singapura tidak munasabah dan beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian.

Perjanjian itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Johor kemudian membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Sementara itu, Lee berkata menjadi matlamat kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam memastikan bekalan air yang lestari kepada kedua-dua pihak, yang akan mengurangkan kemungkinan timbulnya konflik di masa depan.

Beliau bagaimanapun membangkitkan kebimbangan Singapura berhubung pencemaran air di sungai Johor baru-baru ini dan kesan jangka panjangnya.


Menurut Lee, baru minggu lepas, kerja air oleh Lembaga Perbekalan Awam (PUB) Singapura di Kota Tinggi terpaksa ditutup disebabkan paras ammonia yang tinggi dan sumber itu dikesan berpunca daripada kilang minyak sawit di Sedenak, Johor.

Beliau berkata jika sungai Johor mengalami insiden seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim baru-baru ini, ia “akan menjadi satu bencana”.

Dilaporkan beribu-ribu orang terpaksa dirawat hospital susulan kes pencemaran di Sungai Kim Kim yang berlaku awal bulan lepas.

Lee berkata sungguhpun Singapura berpendapat Malaysia kehilangan haknya untuk menyemak semula harga di bawah perjanjian itu, tetapi kedua-dua pemimpin bersetuju Peguam Negara (AG) masing-masing akan mengadakan perbincangan pada November ini untuk memahami kedudukan undang-undang kedua-dua negara berhubung hak untuk semakan semula itu.

Mengenai hasil jangka panjang, Lee berkata Johor membina loji air di sungai Johor di huluan kerja air PUB di Kota Tinggi, dan gabungan jumlah yang dikeluarkan oleh loji ini mungkin melebihi hasil mampan sungai.

“Kita perlu mengkaji bagaimana untuk memenuhi keperluan air Johor dan Singapura bagi perkara lain dalam Perjanjian Air. Kami juga bersetuju kedua-dua AG kita perlu meneruskan dialog dan saling memahami perspektif serta kepentingan masing-masing,” katanya.

Kategori