KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu pihak tertertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik.
Sebaliknya, baginda mahu pihak tertentu itu menumpukan kepada usaha menjaga negara.
Sultan Ibrahim bertitah di laman sosial Instagram rasmi baginda sebentar tadi menyatakan pihak tertentu itu jangan sibuk mencampuri negeri Johor kerana negeri tersebut berdaulat dan masih mempunyai sultan.
“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” titah baginda.
Baginda bertitah, walaupun berada di luar negara baginda sentiasa mengikuti perkembangan dalam dan luar negara terutama mengenai Johor melalui laporan semua pihak. – K! ONLINE