Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri : Semua Premis...

KOTA BHARU: Semua premis perniagaan, pasar raya, kompleks beli belah, kedai serbaneka dan...

Wanita Meraung Disimbah Minyak...

Kuala Lumpur – Berang tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak...

‘Rambo’ Didakwa Maki, Halang...

SHAH ALAM - Seorang penyokong bola sepak Selangor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

KAFA Mahu Tengku Abdullah...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan lebih parah jika...

Sultan Nazrin Titah Segera Atasi Kenaikan Kos Makanan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera merangka langkah-langkah strategik untuk menangani peningkatan kos bahan makanan.

Baginda bertitah, langkah-langkah strategik tersebut wajib memberi keutamaan terhadap peranan penting serta keperluan kritikal sektor pertanian.

“Kos bahan makanan yang meningkat semakin membebankan hidup rakyat.

“Keresahan rakyat terhadap kos bahan makanan yang meningkat hendaklah dibaca dengan tepat, ditafsirkan sebagai loceng amaran, memperingatkan kerajaan agar segera merangka langkah-langkah strategik,” titah baginda.

Sultan Nazrin beritah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.


Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta diketuai DSP Muhammad Ulul Azmi Muhamed.

Kategori