Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video Caprice Cakap Melayu...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan penyanyi, Caprice pastinya sudah tahu dia cukup dikenali...

Pengemis Kaya Miliki Proton...

Kuala Lumpur: Hanya berbekal 'muka simpati', seorang lelaki menyara hidup dengan hasil mengemis...

Ibrahimovic Kembali Perkuat United

ZLATAN Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama Manchester United. Pemain berusa 35 tahun...

Kecoh Kes Buli Di...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang sebelum ini pernah menjadi...

Suri Rumah Didakwa Memperdagangkan Bayi

KLANG – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang (ATIP) di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan bayi, Februari lalu.

Tertuduh, Nik Rahimah Nik Mohd. Rawi, 58, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdagangkan kanak-kanak perempuan berusia 15 hari di pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Bandar Baru Selayang, pukul 10 pagi pada 8 Februari lalu.

Tertuduh yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu juga didakwa memperdagangkan kanak-kanak lelaki berusia 3 hari di tempat parkir kereta Balai Polis Batu Arang, Gombak pada pukul 8.40 malam, 23 Februari lalu.

Justeru itu, dia boleh berdepan penjara sehingga 20 tahun atau denda mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 jika disabitkan kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.

Kosmo! Online difahamkan bayi yang diperdagangkan itu merupakan anak tidak sah taraf.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Safarizal Zakaria memohon supaya kedua-kedua pertuduhan dibicarakan bersama meskipun kedua-dua kanak-kanak itu adalah berbeza berikutan modus operandi digunakan tertuduh adalah sama.

“Kes ini merupakan kes kepentingan awam dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan tiada jaminan ditawarkan.


“Namun, sekiranya ingin dijamin, pihak kami menawarkan jaminan RM20, 000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, penjamin merupakan warga tempatan dan dilarang mengganggu saksi dan mangsa,” katanya.

Peguam Razi Abd. Razak yang mewakili tertuduh menjelaskan anak guamnya merupakan suri rumah sepenuh masa dan mempunyai empat orang anak.

“Dua anak tertuduh masing-masing berusia lima dan 14 tahun mempunyai penyakit jantung berlubang dan masalah pembelajaran,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain membenarkan syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan.

Tarikh sebutan semula kes pada 13 Mei depan. – K! ONLINE

Kategori