Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zaitun Berusia 1,000 Tahun...

SINGAPURA - Sebatang pokok zaitun tua yang ditanam di kawasan taman terkenal, Gardens...

Belia Perlu Terus Mainkan...

PUTRAJAYA - Masa depan belia India negara ini perlu dipupuk dan diberi penekanan...

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus...

KAHERAH - Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat...

Teksi Tertipu: Anthony Loke...

KUALA LUMPUR - Mungkinkah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bakal dijadikan kambing...

Suspek Dikehendaki Kes Tipu Kerja Di Kemboja Direman

KUCHING – Suspek yang paling dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja, awal tahun ini direman selama empat hari mulai hari ini.

Permohonan reman ke atas seorang lelaki berumur 26 tahun itu dibuat pegawai siasatan kes berkenaan ASP Pricha Azin di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuching, Aida Montong pada pukul 9.30 pagi ini.

Suspek yang menaiki penerbangan dari Pontianak, Indonesia, ditahan sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada pukul 11.45 pagi kelmarin bersabit lima kertas siasatan kerana menipu lima mangsa terbabit.

Sehingga kini, seramai 23 orang terdiri daripada 18 lelaki dan lima perempuan tampil membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu tiba di tanah air pada 17 Februari lepas dan daripada jumlah itu, 40 orang merupakan warga Sarawak berusia 19 hingga 44 tahun.

Kategori