Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih dua minit kerana...

PERSIM: Kadar Kenaikan Tambang...

KIRA-kira 80 pemandu teksi berdaftar dari Kuala Lumpur dan Selangor membantah tindakan kabinet...

Musim Artis Wajah Seiras...

DALAM dunia ini memang dijanjikan ada tujuh orang yang mempunyai wajah seiras seperti...

Remaja OKU Lemas Semasa...

KUANTAN - Seorang remaja kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dia cuba menyelamatkan...

Syed Saddiq Jangan Takbur, PPBM Hanya Alat DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jangan takbur dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Tegas Annuar dalam Facebooknya, semua tahu PH menang dengan membuat janji palsu, menipu rakyat dan tambahan pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya memperoleh tiga belas kerusi daripada 222 kawasan Parlimen.

“Bangga apa Syed Saddiq… kemenangan kamu juga kerana kamu sanggup menggadai maruah dan martabat Melayu dan Islam kepada DAP, yang telah berjaya memperalatkan parti kamu.

“Hari ini parti kamu sudah ditolak oleh rakyat secara nyata dalam setiap pilihan raya kecil (PRK). Apakah kamu lupa?” soal Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Annuar memberi reaksi demikian ketika mengulas mengenai tindakan Ketua Pemuda PH itu yang berhempas-pulas untuk cuba ‘membodek’ ketuanya, Tun Mahathir Mohamad dengan berkali-kali membuat kenyataan berbaur provokatif terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“Mujurnya TMJ bertindak matang tidak melayani sikap kebudak-budakan ini.

“Syed Saddiq kononnya berjuang untuk rakyat… baru berapa hari wahai Syed Saddiq kamu membela rakyat berbanding dengan kesultanan Johor yang sudah beberapa keturunan memayungi dan membela rakyat dan negeri Johor,” tambahnya lagi.

Bidas Annuar juga, sebagai menteri yang menjaga sukan Syed Saddiq bersikap biadap apabila mengaitkan soal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan politik tanah air.

“Apa jasa kamu pada sukan Malaysia setakat ini?


“Kamu tidak harus menyeret FAM dengan politik kerana FAM adalah badan bebas politik.

“Apa lagi jasa TMJ dalam bola sepak jauh lebih banyak berbanding kamu sendiri,” katanya.

Justeru Annuar menasihati Ahli Parlimen Muar itu sedar kerana sedang diperalatkan.

“Sedarlah, kamu cuma diperalatkan… hayat politik kamu tidak lama… hayat manusia juga tidak lama.

“Hidup biar bersopan. Tutur kata biar beradab… di situ bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” tegasnya lagi. – Media UMNO

Kategori