Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ada Muslihat Licik, Tapi...

PUTRAJAYA - Pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetap mempertahankan Perjanjian Muafakat PH yang dimeterai...

Najib Hadir Sambutan Aidilfitri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis...

SKMM Minta Facebook Padam...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat aduan kepada Facebook...

Trafik Lancar Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan...

Teori Adib Keluar Van EMRS Sendiri Tidak Betul

SHAH ALAM – Teori allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim keluar sendiri daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dikemukakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini disanggah oleh saksi ke-29.

Jelas bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), andaian Dr. Ahmad Hafizam Hasmi tidak disusuli dengan ujikaji untuk membuktikannya.

Tambah Profesor Dr. Shahrom Abd Wahid, sekiranya Adib jatuh ke bahu jalan selepas dihentam oleh daun pintu van yang mengundur akibat didorong jentera FRT tidak akan mematahkan tulang rusuk kanan di depan dan belakang.

“Berdasarkan pemeriksaan klinikal dan bedah siasat, dan saya juga ambil kira video-video kejadian dan rekod PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Hipotesis mereka mengatakan mangsa turun sendiri daripada EMRS, dilanggar oleh belakang pintu depan EMRS mengundur kemudian terhumban ke hadapan, ke pada bahu jalan kanan.

“Saya dapati hipotesis mereka tidak diuji, kemudian saya meneliti hipotesis dan saya dapati kemungkinan besar hipoteses ini tidak betul,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Malah tambah Shahrom, laporan bedah siasat dari Hafizam bercanggah dan mengelirukan.

Ujarnya, pakar Forensik HKL itu sebelum ini menerusi laporannya tidak dapat memastikan Muhammad Adib turun sendiri atau tidak sebaliknya yang berlaku ketika beliau memberi keterangan kepada mahkamah.

“Di mana ada terdapat tiga isu pokok iaitu isu sama ada si mati keluar dari kenderaan dengan sendiri, kedua sama ada si mati telah ditarik oleh orang lain, dan isu nombor tiga sama ada si mati mengalami kecederaan akibat terhimpit dua permukaan keras.


“Yang membuat saya keliru adalah, satu keterangan mengemukakan hipotesis mangsa turun dilanggar pintu EMRS, dan terhumban ke bahu jalan tapi rumusan 28, menyatakan tak tahu, tidak dapat ditentukan sama ada turun sendiri, atau ditarik oleh orang lain.

“Dalam keterangan asal dia turun sendiri. Jadi, keterangan oleh pakar yang sama bercanggah, rumusan nombor 29, mengesahkan pakar tak tahu sama ada mangsa terhimpit atau tidak.

“Pendapat saya tidak boleh ada percanggahan, daripada situ (laporan) pendapat daripada pakar yang sama,” ujarnya.

Kehadiran Shahrom pada hari keenam di Mahkamah Koroner hari ini, turut menunjukkan video ujikaji untuk menganalisa hasil jatuh akibat dihentam daun pintu melalui belakang

Menerusi video itu model yang merupakan anggota bomba tidak terhumban tetapi jatuh tersembam di sekitar van. – MalaysiaGazette

Kategori