Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Siapa Pengganti Lee Chong...

KUALA LUMPUR - Usahlah memasang impian terlalu tinggi melihat pemain sedia ada setaraf...

“Khabar Angin Tidak Benar,...

PETALING JAYA - Khabar angin di laman media sosial mengenai Speaker Dewan Rakyat...

Tiada Aduan Minyak Masak...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan setakat...

Hilmi Kesal Tun M...

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr...

Terima Kontrak Bernilai RM2.5 Juta Dari Habibul

KUALA LUMPUR – Saksi ke-18 dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuh pertuduhan salah dana, pecah amanah serta salahguna kuasa, mengakui pernah menerima cek bernilai RM2.5 juta pada 2015.

Pengamal undang-undang, Ashraf Abdul Raza mendedahkan, firma guaman yang pernah beliau berkhidmat dulu iaitu, Tetuan Zulkarnain & Co menerima dana itu ketika berkhidmat untuk seorang tokoh korporat, Habibul Rahman Kadir Shah.

Ashraf yang kini memiliki firmanya sendiri memaklumkan, beliau pernah diberitahu Habibul bahawa wang tersebut untuk kontrak pertahanan yang telah digunakan untuk pembayaran, dimasukan ke dalam akaun isteri serta anak-anak tokoh korporat itu.

“Kata Habibul itu merupakan untuk tender subsidi petrol. Ketika itulah saya diberitahu tentang bayaran untuk kontrak pertahanan,” katanya ketika sesi soal balas.

Saksi ke-19, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Penjelasan Cek Bank CIMB, N. Edward pula mengesahkan cek RM2.5 juta itu ditunaikan bank tersebut pada 2 Februari 2015.

Perbicaraan itu dijalankan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Saksi beberapa entiti lain yang telah menerima wang dari akuan Ambank dikaitkan dengan kes SRC International juga akan dipanggil.

Antaranya, Zulqarnain & Co; seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Lim Soon Peng; Solar Shine Sdn. Bhd.; Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan juga Ihsan Perdana Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

Kategori